STORAN PRIMER & STORAN SEKUNDER
1. Storan primer
Storan primer terbahagi kepada dua iaitu RAM dan ROM.
RAM adalah singkatan dari Random Access Memory yang ertinya data dan program di dalam RAM boleh dibaca dan ditulis. Data di dalamnya boleh diubah.
ROM adalah singkatan dari Read-Only Memory yang bermaksud data atau program dalam ROM hanya boleh dibaca tetapi tidak boleh ditulis sama sekali. Data di dalamnya tidak boleh diubah.
Kenapa RAM dan ROM dinamakan sebagai storan primer? Ini adalah kerana RAM dan ROM adalah storan utama dan sangat-sangat penting. Tanpa RAM dan ROM komputer tidak boleh berfungsi.
(a) RAM
(Ingatan sementara)
(b) ROM
(Ingatan kekal)
2. Storan sekunder
Storan sekunder menyimpan maklumat secara kekal. Ini bermaksud ingatan storan sekunder kekal walaupun komputer dimatikan atau aliran elektrik diputuskan.
Storan sekunder dipasang di LUAR sistem komputer. Storan sekunder merupakan storan alternatif untuk menyimpan fail dan dokumen.
Ingatan kekal
(a) Magnetic Medium
(Floppy Disk, Harddisk)
(b) Optical Medium
(CD ROM, DCD ROM)
(c) Flash Memory
(Memory Card, USB flash drive)
Ulasan
Catat Ulasan