Saya telah mempunyai pengalaman berkerja menolong Ayah di kebun. Antara jenis tanaman yang dilakukan di kebun ialah kelapa sawit, pisang, ubi kayu, pokok bunga kantan, gajus, durian, dan sebagainya. Ayah saya mempunyai empat bidang tanah yang berukuran 4 ekar. Setakat ini, kelapa sawit menjadi anatara jenis tanaman utama. Namun perancangan ayah selepas pencen nanti, ayah saya hendak melakukan pelbagai lagi jenis tanaman.
Semasa cuti selepas peperiksaan spm dan stpm, saya akan selalu membantu ayah saya ke kebun. Pada masa itu, saya belajar pelbagai perkara seperti mengait kelapa sawit, membawa buah kelapa sawit di dalam gerabak dengan menggunakan motosikal, dan sebgainya. Anggaran masa bekerja ialah lebih kurang dari 7.30 pagi sehingga 1.00 petang. Aktiviti atau kerja dimulakan dengan mengait buah kelapa sawit dengan menggunakan sabit. Manakala, untuk pokok yang rendah kami menggunakan cop. Kemudian, aktiviti yang seterusnya ialah menyusun buah untuk memudahkan buah diangkut. Bagi buah yang berada agak jauh dari lorong susunan, saya akan membawa buah tersebut dengan menggunakan kereta sorong sehingg ke lorong susunan. Seterusnya, buah tersebut akan diangkut ke hadapan iaitu di pintu masuk kebun untuk dikumpulkan. Saya dan abang saya akan angkut dengan menggunakan gerbak yang di pasang pada motorsikal. Akhir sekali, ayah saudara saya akan datang untuk mengangkut kesemua buah kelapa sawit itu dengan menggunakan lori untuk dijual di pusat atau kedai pembelian sawit. Jumlah duit tersebut akan terus dapat berdasarkan berat keseluruhan sawit yang telah ditimbang.
Ulasan
Catat Ulasan