Berniaga di Shopee
Berniaga di Shopee ni memang best, sebab tempat menjual dah tersedia. Trafik pulak tak payah cari, memang berjuta yang masuk Shopee setiap masa. Tak kira siang ke malam memang ada je yang 'menyelam' di Shopee.
Saya telah dapat mengenalpasti serba sedikit sebab punca jualan sendu. Antaranya ialah jual produk tak ada demand. Ini masalah utama peniaga - jual produk yang tak ada siapa perlukan. Sebagai contoh, Hafiz suka jual pembalut pasu, dia pun masukkan produk itu di Shopee. Tapi lepas 3 bulan jualan Hafiz masih 0. Sebab tak ada siapa pun yang perlukan pembalut pasu Hafiz tu. Akhirnya Hafiz tutup kedai Shopee dia dan menyalahkan Shopee tak boleh buat duit.
Kedua, punca jualan sendu ialah orang tak tahu kewujudan kedai anda. Cuba anda bayangkan apa jadi bila anda buka kedai di dalam hutan? Ya... tak ada orang datang kedai anda dan tak ada sesiapa pun nak beli produk anda. Sama juga di Shopee, anda susah nak dapat jualan sebab 'visibility' kedai anda kurang. Orang tak nampak produk-produk yang anda jual.
Ketiga, ialah orang tak percaya. Pembeli ada pelbagai keraguan dan ketakutan dalam kepala mereka bila nak beli barang online ni. Mereka takut ditipu oleh seller atau kena scam! Dah bayar tapi barang tak sampai, atau barang diterima tak macam dalam gambar. Pembeli hanya akan membeli bila dia percaya dengan seller tersebut. Di Shopee seller yang dipercayai ini dipanggil 'Preferred Seller'. Status 'Preferred Seller' ni adalah anugerah kurniaan Shopee sendiri dan bukan senang nak dapat status 'Preferred Seller' ni... tapi ada caranya.
Saya juga nak berkongsi tentang 3 cara mudah untuk gandakan jualan produk anda dengan menjual di shopee.
#1 Butang Boost Now Apa itu Butang Boost Now?
Macam mana nak gunkannya?
Boost Now ini merupakan satu cara untuk menaikkan produk jualan anda berada di senarai teratas dalam laman Shopee. Butang ini akan terpapar di bahagian bawah pada setiap gambar produk anda di Shopee. Anda boleh lihat seperti gambar di bawah:-
Setiap kali pembeli mencari sesuatu barang yang mereka mahukan di Shopee, mereka akan 'search' barang tersebut. Sebagai contoh jika anda menjual beg dan ada seseorang pembeli menaip keyword "beg" pada kotak carian laman Shopee.
Apabila anda menggunakan fungsi boost now ini dan hasil dari carian pembeli tadi, produk beg anda akan berpeluang keluar pada bahagian teratas berbanding pesaing anda. Dengan ini pembeli akan nampak produk anda dahulu. Maka potensi mereka membeli produk anda lebih tinggi.
#2 Join Shopee free shipping program.
Shopee ada sediakan Free 5kg Shipping Program - secara mudahnya Shopee akan tanggung shipping anda dan customer hanya perlu bayar harga produk sahaja, tak perlu bayar kos shipping. Tapi untuk shipping yang beratnya kurang 5kg sahaja yang dapat free shipping ni.
Anda boleh bungkus barang yang nak dippos, print waybill dan letak parcel anda di pejabat Poslaju. Tak perlu bayar apa-apa upfront. Pihak shopee akan uruskan pebayaran shipping anda. Tapi sebelum tu anda wajib isi borang PL9 di Poslaju dulu. Borang ini anda boleh dapatkan di mana-mana cawangan Poslaju. Boleh tanya di kaunter nak borang PL9. Isi dan hantar bersama parcel-parcel anda.
Cara untuk apply Free Shipping Program ni, anda pergi ke web shopee.com.my/poslaju > Sign Up Now dan ikut arahan seterusnya. Bila anda dah join program ni, logo free shipping akan terpapar di produk anda. Jarang customer nak beli produk yang tak ada free shipping. Secara tak langsung jualan anda pun akan meningkat. So kalau belum join lagi, cepat-cepatlah join program free shipping ni. Serius, memang membantu.
#3 Tag diskaun
Sebagai contoh, gambar di bawah, tag menunjukkan diskaun promosi yang terpapar bersama gambar produk anda. Dengan cara ini, pembeli akan berasa jimat dan untung jika membuat pembelian segera. Sekaligus memungkinkan jualan anda meningkat dalam masa singkat.
Ulasan
Catat Ulasan