4 JENIS JENAYAH KOMPUTER
1. PENIPUAN (COMPUTER FRAUD)
Penipuan adalah kegiatan jenayah di mana penjenayah memperoleh wang dengan cara menipu orang lain melalui penggunaan komputer. Ada banyak penipuan komputer yang meliputi
- e-mail hoax (usaha untuk membuat orang mempercayai sesuatu yang tidak benar - contoh nigerian scams)
- program/perisian untuk tujuan penipuan
- skim pelaburan
- penjualan promosi
- membuat pengakuan dengan mengatakan dia adalah seorang yang pakar dalam bidang tertentu.
2. PELANGGARAN HAK CIPTA (COPYRIGHT INFRINGEMENT)
Hakcipta merupakan "hak untuk menyalin suatu ciptaan". Hakcipta menyebabkan pemegang hak dapat membasmi sebarang penyalinan yang tidak sah ke atas sesuatu ciptaan.
Pelanggaran hak cipta berlaku ketika anda melanggar undang-undang hak cipta seperti menyalin filem, perisian atau CD secara haram (tidak mendapat kebenaran pengeluar/pencipta/pengilang). Perlanggaran hak cipta ini dinamakan cetak rompak.
Cetak rompak adalah aktiviti jenayah yang mana penyalinan dan penjualan buku-buku, kaset, video, program komputer yang dilakukan tanpa kebenaran pengeluar bahan tersebut.
3. KECURIAN (THEFT)
Contoh kecurian komputer
- pemindahan bayaran ke akaun yang salah.
- mendapatkan bahan-bahan internet dengan tanpa bayaran.
- memasuki ke dalam pusat penghantaran data.
4. SERANGAN KOMPUTER (COMPUTER ATTACKS)
Serangan komputer ditakrifkan sebagai kegiatan dilakukan dengan tujuan untuk merosakan peralatan komputer, menukar cara pemprosesan supaya hasilnya tidak betul dan merosakkan data-data yang telah disimpan.
- Serangan fizikal yang menggangu kemudahan peralatan komputer atau penghantaran data.
- Serangan elektronik yang menggunakan kekuatan tenaga elektro magnetik untuk merosakkan kawalan litar komputer.
- Serangan rangkaian-komputer. Serangan dibuat dengan menghantar kod hasad (virus/trojan/spyware) melalui rangkaian keselamatan komputer.
Ulasan
Catat Ulasan