BIODATA SAYA

 Assalamualaikum.

Nama saya ialah Muhammad Hilmi bin Anuar. Saya lahir pada 17 ogos 2000. Tempat saya lahir adalah di hospital Bintulu, Sarawak tetapi sekarang saya tinggal di kuala selangor. Saya berada di sarawak hanya dalam sekitar dua tahun kerana ayah dan ibu saya mengajar di sana. Saya sangat gembira kerana dapat menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan mengambil jurusan ekonomi.


    Latar belakang pendidikan saya ialah bermula dengan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Kuala Selangor. Saya berada di sekolah tersebut selama dua tahu iaitu dari tahun 2007 hingga 2008. Kemudian, saya berpindah ke Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Kuala Selangor. Saya berada di sekolah ini dari tahun 2009 sehingga tahun 2012. Bagi sekolah menengah pula, saya bersekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong Kuala Selangor. Saya berada di sekolah dari tingkatan satu sehinggalah tingktan lima iaitu sehingga tamat bagi sekolah menengah. Seterusnya, pada tahun 2018 hingga 2019 saya menyambung pelajaran di Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz Kuala Selangor untuk mengambil stpm. Sekarang saya sedang menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Kuala Selangor.


    Saya mempunyai banyak hobi. Antara hobi utama saya ialah bermain bola sepak, futsal, badminton, chess, petanque, dan bermain game. Semasa di Sekolah Rendah Agama Integrasi saya telah berjaya mewakili pasukan badminton sekolah ke pertandingan badminton antara SRAI peringkat negeri. Manakala, semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong saya telah berjaya mewakili pasukan Smk Seri Tanjong dalam pertandingan chess peringkat daerah (MSSD) dan kebangsaan. Mewakili pasukan bola sepak Smk Seri Tanjong ke pertandingan bola sepak peringkat daerah (MSSD). Mewakili pasukan Smk Seri Tanjong dalam pertandingan petanque peringkat daerah (MSSD). Seterusnya, semasa di Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz saya berjaya mewakili pasukan kolej dalam pertandingan futsal antara kolej tingkatan enam di peringkat negeri dan menyertai pertandingan terbuka chess peringkat antarabangsa.

Bola Sepak

Mobile Legends Bang Bang

PUBG







Sekian terima kasih...

Ulasan