Hi, Assalamuaikum semua ! Harini saya nak cerita serba sedikit pengalaman saya buat braces. Jadi jika ada apa-apa soalan boleh lah comment In Shaa Allah saya cuba jawab👍.
Mula-mula sekali saya perlu tahu apa tujuan saya memakai braces? Hihihi mestilah sebab nak betulkan gigi saya yang jonggang ke depan, berlapis, dan jarang ni kepada susunan gigi yang kemas, tersusun, dan dapat berfungsi dgn baikk supaya dapat mengunyah makanan dengan baik. Tambahan, supaya dapat lebih yakin semasa berkomunikasi😅. Itu kalau saya lah hihihi😆. Saya rasa punca gigi saya jadi jongang sebab dulu masa saya kecik suka isap jari hahaha.
Berapa harga untuk pakai braces???
Dulu nurse dekat klinik yang saya pergi pernah cakap yang harga braces akan naik pada masa akan datang. Kalau saya, saya mula pakai braces pada hari terakhir tahun 2018😂 iaitu 31/12/2018. Masa tu harga braces keseluruhan ialah RM 4800 dan saya buat dekat Klinik Dr. Lim di Kuala Selangor. Tapi saya rasa harganya ikut keadaan gigi seseorang, paling minimum harganya ialah RM 4800. Harga tu saya bayar secara ansuran tapi boleh je bayar sekaligus kalau nak👍.Pada masa tu, saya pergi kilnik ingatkan boleh terus pakai braces rupa-rupanya kena buat appointment dulu hihihi, maklumlah dh excited sangat😂, tapi sambil-sambil tu lah saya ambil kesempatan untuk buat survey.
Pada appointment yang pertama, maaf saya tk ingat hari apa😅, saya kena buat X-ray gigi dulu. Saya buat X-ray dekat klinik sini juga, x-ray ni dibuat supaya dapat lihat dgn lebih jelas apa masalah gigi saya dan dapat juga lihat akar gigi mana yang lebih panjang dan lebih pendek. Lepas siap x-ray, dr cakap saya mempunyai gigi terlebih satu batang yg berlapis pada gigi kacip bahagian atas. Manakala, bahagian bawah cuma jarang-jarang dan senget sikit-sikit je. Maka dr pun cadang untuk cabut salah satu gigi yg berlapis tuu. Dr pilih gigi yang mempunyai akar yg pendek utk dicabut sebab gigi yg mempunyai akar yg panjang dapat tahan dgn lebih lama berbanding yg akar pendek. Dengan itu dr. pun mula lah buat acuan gigi saya.
Selepas buat acuan, gigi saya akan dicabut pada appointment berikutnya. Inilah bayaran pertama saya buat iaitu sebanyak RM 300 untuk x-ray dan acuan gigi.
Pada appointment kedua iaitu dua hari sebelum pakai braces ialah hari untuk cabutan gigi hahaha. Gigi tersebut juga dicabut supaya ada ruang yg cukup utk gigi disusun. Bagi saya masa cabut gigi tu cuma time nk injek je sakit sikit sebab rasa kebas-kebas. Time cabut tak sakit pun cuma ngilu2 je😏. Lepas cabut tu saya pun balikkk, utk appointment ini tk dikenakan bayaran pun sebab bayarannya telah termasuk dalam package RM 4800 tu. Masa balik sampai rumah terus kena gelak oleh adik-adik sebab gigi jongang kena cabut😂. Tapi tkpelah sehari je pun lepas dh pakai braces😇.
Selepas selang sehari tibalah appointment ketiga iaitu memasang braces yehh😆. Nurse ada bagi pilihan nak pilih colour getah braces. Masa tu saya pilih colour grey, lepas pakai rupanya warna grey ni tak nampak mcm ada warna pun😢 tapi tkpelah bulan depan boleh tukar colour lain. Sakit ke masa dr sedang pasang braces?? Tak sakit punn...😎 tapi sebelum pasang braces dr akan cuci dulu, masa tu adalah rasa ngilu-ngilu sikit. Lepas tu adalah proses-proses yg dr buat, saya pun tak pasti tapi dekat youtube ada tunjuk.
Lepas siap pasang braces, nurse akan bagi appointment yg berikutnya yg perlu kita datang pada setiap bulan. Disebabkan saya buat bayaran secara ansuran maka deposit yg perlu saya bayar adalah sebanyak RM 1000. Kemudian nurse tu cakap bayaran bulanan minimum adalah sebanyak RM 200 sehingga lah habis iaitu sebanyak RM 4800. Harga ni dh termasuk macam-macam proses seperti cuci gigi, cabut gigi, dan sebagainya.
Ulasan
Catat Ulasan